Tuesday, September 27, 2005
Tarikh: 27 September 2005
Tajuk: DUA LAGI SAH MATI AKIBAT FLU BURUNG DI INDONESIA
RingkasanAkhbar ini melaporkan tentang dua lagi mangsa mati akibat flu burung di Indonesia.
PendapatJika Singapura diserang wabak demam denggi, di Indonesia pula wabak flu demam denggi telah menyebabkan dua lagi mangsanya mati. Di dua negara ini, jumlah mereka yang telah mati akibat penyakit ini kian meningkat. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini merbahaya dan harus ditangani dengan secepat mungkin.
Kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memberi panduan bagi rakyat untuk mangambil langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk mencegah penyakit ini. Jika rajyat tidak diberitahu atau tidak deberi panduan, mereka akan mengambil hal ini dengan ringan.
Penduduk juga harus dengan sendirinya cuba megelakkan diri mereka daripada penyakit ini. Bantuan perubatan untuk merawat penyakit ini juga amat diperlukan. Ini akan membantu merawat pesakit yang menjadi mangsa kepada penyakit ini.
blogged<33
Monday, September 26, 2005
Tarikh:
26 September 2005Tajuk:
PROGRAM SEKOLAH PUPUK KEYAKINANRingkasan
Akhbar ini melaporkan tentang program anjuran Sekolah Menengah Westwood yang dinamakan Westwood Bytes. Program ini telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memupuk keyakinan diri setiap pelajar sekolah itu.
Pendapat
Saya rasa program seperti ini amat berguna kerana ia membantu remaja zaman ini membina keyakinan diri masing-masing. Saya rasa aktiviti-aktiviti yang dilakukan sungguh bermanfaat kerana aktiviti seperti ini akan membantu pelajar pada masa hadapan.
Selain daripda memupuk keyakinan pelajar, saya rasa program ini merapatkan lagi perhubungan antara pelajar-pelajar di sekolah itu. Ia juga mendekatkan lagi jarak antara guru dan murid-muridnya.
Saya rasa sekolah-sekolah di Singapura harus menjalankan program ini di sekolah mereka.
blogged<33
Sunday, September 25, 2005
Tarikh: 25 Semptember 2005
Tajuk: REMAJA KESAL LAKUKAN SEKS LUAR NIKAH
RingkasanAkbar ini me;aporkan tentang kisah dua orang remaja yang telah melakukan seks luar nikah semasa mereka di bangku sekolah lagi. Ini telah mengakibatkan pelajar prempuan itu hamil. Mereka kesal dengan perbuatan mereka. Namun dengan sokongan ibu bapa mereka, mereka dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun dibebani dengan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa kepada anak yang baru dilahirkan.
PendapatKes-kes remaja yang terlanjur semakin meningkat kebelakangan ini. Kebanyakan daripada mereka masih di bangku sekolah lagi. Ada yang hamil akibat keterlanjuran mereka sendiri. Yang lebih malang ialah apabila wanita atau gadi-gadis ini ditinggalkan oleh pasangan mereka setelah mereka disahkan mengandung. Setelah itu, pelajaran mereka pula akan terganggu akibat tekanan yang akan dihidapi disebabkan oleh kandungan mereka. Pada saya, semua ini tidak berfaedah.
Namun, dalam kisah ini, pasangan remaja ini bertuah kerana mereka mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka. Walaupun pada mulanya, mereka kecewa akan perbuatan anak mereka, namun, mereka tidak membiarkan anak mereka begitu sahaja. Mereka telah membantu anak mereka menangani tekanan yang mereka hadapi.
Pada pendapat saya, artikel ini, telah menyedarkan saya tentang kesukaran yang akan saya hadapi sekiranya perkara seperti ini berlaku terhadap saya. Saya juga percaya, artikel ini menjadi pembuka mata kepada remaja bahawa dalam masa kesusahan, ibu bapa akan sentiasa memberi sokongan, mereka tidak akan meninggalkan kita.
blogged<33
Tarikh: 24 September 2005Tajuk: KAKI ROMPAK DIJEL LEBIH ENAM TAHUNRingkasanAkhbar ini melaporkan tentang seorang lelaki yang telah dijel kerana merompak antara April dan Julai lalu. beliau telah dijatuhkan hukuman jel selama 76 bulan iaitu 6 tahun 4 bulan.
PendapatSaya rasa perompak itu memang patut dijatuhkan hukuman jel. Hukuman yang telah diberikan kepadanya setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan olehnya. Kadangkala saya hairan mengapa penjenayah melakukan jenayah walaupun mereka tahu mereka boleh ditangkap dan dihukum disebabkan perbuatan mereka itu.
Saya rasa para penjenayah sepatutnya berasa malu dengan perbuatan mereka itu. SIngapura dikenali sebagai salah satu negara yang terselamat di dunia. Tetapi dengan kehadiran penjenayah-penjenayah ini, mereka mencemar nama baik dan reputasi Singapura. Mereka juga harus sedar bahawa melakukan jenayah ini tidak membawa faedah. Ia tidak akan membantu diri mereka. Malah, ia hanya akan mencemarkan diri mereka sendiri.
Rakyat Singapura juga harus mengambil langkah-langkah keselamatan supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada penjenayah ini. Mereka juga sentiasa ingat frasa Inggeris ini, "Low crime doesn't mean no crime." Oleh itu, mereka harus sentiasa berwaspada dan awas terhadap pencuri-pencuri ini.
blogged<33
Friday, September 23, 2005
Tarikh: 23 September 2005
Tajuk: DUA LAGI DISAH MATI AKIBAT DENGGI
Ringkasan
Rencana akhbar ini melaporkan tentang dua lagi warga Singapura yang telah mati akibat serangan demam denggi.
PendapatJumlah warga Singapura yang diserang demam denggi meningkat setiap hari. Seperti yang boleh dilihat daripada rencana akhbar ini, mereka yang telah dimasukkan ke hospital telah meningkat daripada 75 orang kepada 80 orang. Jumlah kes yang dikesasn pula sudah mencecah 136 kes. Ini menunjukkan bahawa risiko untuk meghidapi penyakit ini semakin tinggi.
Pada pendapat saya, rakyat Singapura harus mengambil langakah-langkah keselamatan untuk mengelakkan diri mereka daripada diserang penyakit yang merbahaya ini. Mereka harus menangani masalah ini dengan serius kerana penyakit ini boleh membawa maut. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa diri kita terselamat daripada menjadi mangsa kepada wabak ini.
Saya juga berpendapat bahawa kerajaan harus melebihkan usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit ini. Ini boleh dilakukan melalui media massa dan memberi ceramah pendidikan tentang penyakit ini.
blogged<33
Thursday, September 22, 2005
Tarkih: 22 september 2005
Tajuk: LEBIH 30 KORBAN RIBUT DI INDIA DAN BANGLADESH
RINGKASANAkhbar ini melaporkan tentang kesan yang diakibatkan oleh ribut yang melanda New Delhi, India. Ribut in telah menyebabkan ramai kehilangan tempat kediaman mereka dan orang-orang kesayangan mereka. Segelintir daripada magsa-mangsa ribut ini masih hilang dan sedang dicari.
PENDAPATSaya amat bersimpati keatas mereka yang menjadi mangsa kepada benacana alam ini.
Boleh dilihat di dalam laporan ini bahawa lebih daripda 62,000 yang telah kehilangan rumah mereka. Selain daripada itu, angka kematian juga meningkat lebih daripada 30 orang dan ini tidak termasuk mereka yang hilang dan belum dijumpai. saya tidak boleh membayangkan keadaan di India pada masa ini.
Saya berpendapat bahawa dalam keadaan seperti inilah, bantuan kemanusiaan amat diperlukan dan amat penting. Bantuan seperti bekalan makanan, baju dan keperluan harian yang lain. Ini akan memastikan bahawa mangsa-mangsa yang masih hidup dapat meneruskan kehidupan mereka dengan seberapa sempurna yang mungkin. Bantuan perubatan juga harus diberikan kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecedaraan. Ini akan memastikan kuman-kuman daripada kecedaraan ini tidak merebak kerana kuman-kuman ini boleh menimbulkan wabak penyakit.
Saya amat bersyukur Singapura tidak pernah dilanda benacana alam seperti ini. Saya hanya dapat berharap bahawa keadaan di India akan bertambah baik secepat mungkin.
blogged<33
Wednesday, September 21, 2005
testing.
blogged<33